Tuesday, February 2, 2010

Ujian-Panahan kata-kata; punah hati remuklah jiwa...

Saya pernah menjadi seseorang yang sangat peka tentang apa yang orang perkatakan tentang diri saya. Dulu, saya sering cuba memuaskan hati semua pihak agar tiada yang berasa kurang senang dengan saya. Dulu juga, saya sering menelan perasaan agar saya dapat menyorokkan perasaan sedih saya apabila ada pihak yang melabelkan sebagai sesuatu yang kurang baik. Saya kerap merasa bahawa saya perlu menjaga hati semua pihak, agar saya diterima.

Namun selepas penat dengan situasi yang menjerat emosi, akhirnya saya kalah. Saya menjadi sangat sensitif, dan akhirnya menangis di tepi tangga blok; merasakan diri sangat tak berguna kerana tidak mampu menjadi yang terbaik.

Begitulah pengalaman saya. Mungkin kerana di sekolah saya mempunyai masalah dengan beberapa rakan-rakan lain, menjadikan saya seorang yang 'self-conscious' yang melampau, yang akhirnya ia membaham organ penting saya; hati.

Seorang falsafah barat pernah berkata; Herbert B. Swope: 'I can't give you the formula to success, but I can give you the formula for failure: TRY TO PLEASE EVERYONE'

Definitely, kata-kata Swope mengena dengan situasi. Akhirnya saya berhijrah. Berhijrah agar saya dapat menerima diri saya seadanya, dan memperbaiki beberapa kekhilafan yang menyubur dalam diri. Walaupun saya tidak mampu menggembirakan semua mahupun menjadi segalanya; namun saya bersyukur & gembira.

'Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan dengan kesanggupannya' (Al-Baqarah:286)

Seperti situasi sekarang. Dalam saya cuba menjadi seseorang MPP yang bertanggungjawab dan amanah, saya yakin, tidak semua merestui keputusan saya mahupun menyenangi saya. Ada kalanya hati ini terjentik dengan kata-kata sinis dari beberapa pihak, namun, saya mohon kekuatan dari Allah, agar saya ditetapkan hati dan pendirian.

Saya adalah manusia biasa, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Saya memohon pada Allah agar sekurang-kurangnya saya dapat me'minimise'kan apa yang tidak sepatutnya saya lakukan. Walaupun saya tidak dapat memuaskan hati semua pihak, saya berharap saya dapat menjalankan tugas saya dengan sebaiknya.



Pegangan saya; dalam mereka-mereka yang sibuk mencemuh/ berasa iri hati/ tak menyukai kita, ingatlah, ada beberapa orang yang menyokong kita dari belakang. Hargai kepercayaan mereka yang menghargai kita, ambil kritikan dari sahabat-sahabat yang kurang menyenangi diri sebagai satu bekalan dalam menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Sedarlah, sekurang-kurangnya ada juga manusia-manusia yang sudi mengingati kita, walaupun dengan cara kasar, garaplah yang positif dari setiap butir kata yang diatur dari lidah mereka. 

Abah tercinta dunia akhirat selalu berpesan 'Be patient kay'. Dalam menghadapi apa-apa pun di dunia ini, itulah kata-kata Abah. Ringkas, namun besar ertinya jika kita betul-betul melaksanakannya.

"Keselamatan bagi kalian atas kesabaran kalian". (Ar-Ra'd:24)

Semoga kita semua digolongkan dalam hamba-hambaNya yang bersabar dan bersyukur.

Mahar: Berapakah nilainya....

Pada petang yang indah & agak panas ini, saya terpanggil untuk menulis tentang mahar. Mungkin kerana Prof Afifi asyik memperkatakan tentang mas kahwin sepanjang kelas tadi (kami dalam kelas sistem mekanikal & eletrikal pagi tadi tapi terasa macam attend kursus perkahwinan). Saya bukanlah orang yang berpengetahuan sebenarnya untuk membicarakan soal ini, apatah lagi pengalaman =) . Namun, saya hanya mampu memberikan sedikit pendapat saya mengenai isu ini, kerana bagi saya, mahar adalah tinggi nilainya.

'Berilah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka', (Surah An-Nisaa':Ayat 4)

Mahar adalah sesuatu yang melambang komitmen suami kepada bakal isteri. Bagi saya, mahar adalah hadiah perkahwinan bagi si isteri yang bakal menjadi pendamping kepada suami sepanjang hayatnya. Pada dasarnya jika kita lihat dan kaji kesinambungan perkahwinan-perkahwinan di Malaysia, kebanyakan mereka menyandarkan nilaian mahar kepada berbentuk wang. Dan nampaknya walaupun kemelesetan ekonomi dunia, nilai mahar tidak pernah dimasukkan dalam senarai sebagai 'item-item harga syiling'. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" (Riwayat Abu Daud)

Pendapat peribadi (betulkan saya sekiranya saya salah); mahar itu tidak wajar diukur berdasarkan turun naiknya ekonomi sesuatu zaman, tetapi haruslah diberikan oleh suami seikhlas kasih sayangnya kepada si isteri yang akan menemani si suami sepanjang hayatnya dengan penuh rasa cinta.

Ketika Cinta Bertasbih:
Bagaimana Anna telah menetapkan bhw walaupun sesudah berumah tangga dia masih tinggal di rumah ibu bapanya serta sepanjang dia boleh melaksanakan tanggjawab sbg isteri, si suami tak akan berkahwin lain. inilah mahar yang ditetapkan oleh Anna. Pada dasarnya masyarakat menganggap bahawa Anna seolah-oleh mengharamkan poligami, padahal Anna melakukan tersebut kerana ingin mendapat manfaat dari perkahwinannya itu.

Bagaimanapun, masing-masing berhak memilih apa yang terbaik buat diri masing-masing. Apa yang menjadi 'foundation' keutuhan sebuah rumah tangga adalah pada keredhaan Allah terhadap perhubungan tersebut. Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang beroleh keuntungan di dunia & akhirat~