Tuesday, February 2, 2010

Mahar: Berapakah nilainya....

Pada petang yang indah & agak panas ini, saya terpanggil untuk menulis tentang mahar. Mungkin kerana Prof Afifi asyik memperkatakan tentang mas kahwin sepanjang kelas tadi (kami dalam kelas sistem mekanikal & eletrikal pagi tadi tapi terasa macam attend kursus perkahwinan). Saya bukanlah orang yang berpengetahuan sebenarnya untuk membicarakan soal ini, apatah lagi pengalaman =) . Namun, saya hanya mampu memberikan sedikit pendapat saya mengenai isu ini, kerana bagi saya, mahar adalah tinggi nilainya.

'Berilah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka', (Surah An-Nisaa':Ayat 4)

Mahar adalah sesuatu yang melambang komitmen suami kepada bakal isteri. Bagi saya, mahar adalah hadiah perkahwinan bagi si isteri yang bakal menjadi pendamping kepada suami sepanjang hayatnya. Pada dasarnya jika kita lihat dan kaji kesinambungan perkahwinan-perkahwinan di Malaysia, kebanyakan mereka menyandarkan nilaian mahar kepada berbentuk wang. Dan nampaknya walaupun kemelesetan ekonomi dunia, nilai mahar tidak pernah dimasukkan dalam senarai sebagai 'item-item harga syiling'. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" (Riwayat Abu Daud)

Pendapat peribadi (betulkan saya sekiranya saya salah); mahar itu tidak wajar diukur berdasarkan turun naiknya ekonomi sesuatu zaman, tetapi haruslah diberikan oleh suami seikhlas kasih sayangnya kepada si isteri yang akan menemani si suami sepanjang hayatnya dengan penuh rasa cinta.

Ketika Cinta Bertasbih:
Bagaimana Anna telah menetapkan bhw walaupun sesudah berumah tangga dia masih tinggal di rumah ibu bapanya serta sepanjang dia boleh melaksanakan tanggjawab sbg isteri, si suami tak akan berkahwin lain. inilah mahar yang ditetapkan oleh Anna. Pada dasarnya masyarakat menganggap bahawa Anna seolah-oleh mengharamkan poligami, padahal Anna melakukan tersebut kerana ingin mendapat manfaat dari perkahwinannya itu.

Bagaimanapun, masing-masing berhak memilih apa yang terbaik buat diri masing-masing. Apa yang menjadi 'foundation' keutuhan sebuah rumah tangga adalah pada keredhaan Allah terhadap perhubungan tersebut. Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang beroleh keuntungan di dunia & akhirat~

1 comment:

  1. sangat suke ketika cinta bertasbih!!
    abdullah khairul azzam..=)
    jemput singgah blog saye ye owner blog..=)
    http://aienzcruzzle.blogspot.com/

    ReplyDelete