Sunday, January 31, 2010

Tahniah & Takziah Nurulhayati

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah selepas lebih kurang seminggu bergelut dengan masa, strategik & pesaing-pesaing yang hebat2 belaka, akhirnya saya menjadi 1 daripada 3 yang dapat merebut kerusi di fakulti tercinta, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Berkat pertolongan dari yang Maha Esa, dari keluarga, rakan-rakan penggerak dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung, urusan saya Alhamdulillah dipermudahkan. Bukan cerita kemenangan yang mahu saya titipkan kali ini. Sekadar berkongsi dengan yang sudi membaca & mendengar, tentang apa yang sebenarnya berada dalam pemikiran & hati saya; sebelum saya menawarkan diri untuk menjadi calon, semasa berkempen dan hingga ke hari ini.


Dalam hati saya, saya sering bersoal jawab dengan pemikiran dan hati, kenapa saya ingin sangat menjadi calon pada Pemilihan MPP sesi ini. sedangkan semasa tahun 1 dulu saya pernah dicadangkan untuk bertanding, namun saya tolak tanpa berfikir panjang. 


Jika difikirkan pro & kontra mengambil tindakan sebesar ini, niat adalah sesuatu yang paling signifikan. niatlah yang menjadi nadi kepada momentum perjuangan seseorang dalam melaksanakan sesuatu obligasi yang diletakkan di atas pundaknya. 


Secara jujurnya, jika dibandingkan dengan calon-calon lain, saya merasakan diri ini amat kerdil berbanding mereka yang lebih berpengalaman. Niat saya adalah untuk menjadi pemimpin yang mampu membawa kebaikan kepada rakan mahasiswa/i di samping memperbaiki diri dalam menjadi seseorang yang lebih amanah & bertanggungjawab. Soal kalah & menang semasa Pemilihan MPP kali ini saya serahkan kepada Allah. Saya berharap apa yang berlaku adalah sesuatu yang terbaik buat saya & rakan-rakan mahasiswa/i seluruh UTM. Saya hanyalah manusia biasa yang ingin berkhidmat secara luar biasa. 


Dalam saya memegang amanah ini, dalam saya bernafas dalam suasana sebagai seseorang yang diberikan kepercayaan dari sahabat-sahabat sama ada yang mengenali saya mahupun tidak, dalam saya menawarkan diri untuk berkhidmat secara luar biasa kepada seluruh warga UTM, saya mengharapkan doa dari semua agar niat saya sentiasa Lillahi Taala & saya dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan sempurna


Masa depan adalah sesuatu yang tidak dapat kita ramal cerah atau kelamnya. Hanya dengan bertawakal kepada Allah yang mampu kita lakukan sebelum menghadapinya.  


Saya harapkan pada kali ini, kepimpinan MPP lebih baik dari yang sebelumnya. Yang mana yang baik dari senior-senior MPP lepas kita jadikan sebagai teladan, manakala mana yang kurang baik kita jadikan sempadan. Sewajarnya kita sebagai mahasiswa/i bervisi UTM cuba memperbaiki apa-apa yang dirasakan kurang enak dipandang/didengar, dari mengkritik tanpa memberikan jalan penyelesaian yang jelas.

3 comments: